AM

SK Kuala Paya Terima Peruntukan RM11,070 Penuhi Keperluan Peralatan Sukan

13/05/2026 04:02 PM

SEGAMAT, 13 Mei (Bernama) -- Sebanyak RM11,070 diperuntukkan bagi menyokong pembangunan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Paya, di sini dalam usaha memenuhi keperluan peralatan sukan dan kemudahan program di sekolah itu.

Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran berkata antara peralatan sukan yang bakal diterima sekolah berkenaan ialah set lompat tinggi, hurdle, kanopi putih, kasut spike dan walkie-talkie, yang akan memberikan manfaat kepada murid di sekolah itu.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu pihak sekolah memperkukuh lagi aktiviti sukan serta melahirkan lebih ramai murid yang aktif, sihat dan berdaya saing,” katanya menerusi hantaran di Facebook Pejabat Ahli Parlimen Segamat, hari ini.

Terdahulu, Yuneswaran yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara turut memuji pendekatan kreatif yang diambil pihak SK Kuala Paya dalam kejohanan sukan tahunan sekolah berkenaan, dengan setiap rumah sukan membawa tema mengikut jenama syarikat tertentu.

“Sukan tahunan seperti ini bukan sekadar medan pertandingan, tetapi ruang membina keyakinan diri, disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat perpaduan sejak di bangku sekolah lagi,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan