KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah meliputi Langkawi) serta beberapa daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Amaran sama turut melibatkan Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong selain Hulu Selangor di Selangor.
Di Johor, kawasan dijangka terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sabah ,kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Keningau dan Tambunan), selain Pantai Barat, Tawau,Kinabatangan di Sandakan serta Kudat.
Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit termasuk Song dan Kapit serta Tatau di Bintulu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial