AM

Peruntukan RM5 Juta Dapat Perkukuh Gerakan Pembangunan Belia Berpersatuan - MBM

15/05/2026 08:58 PM

SEREMBAN, 15 Mei (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan peruntukan RM5 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, sebagai suntikan dalam memperkukuh gerakan pembangunan belia berpersatuan di seluruh negara.

Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata pemberian itu, membuktikan keyakinan dan komitmen berterusan kerajaan MADANI terhadap peranan golongan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara.

“Peruntukan ini amat besar maknanya kepada gerakan belia negara dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperluas program pembangunan kepimpinan, pendidikan demokrasi, kesukarelawanan, pembangunan komuniti serta usaha menyantuni golongan belia yang memerlukan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut dan sudi hadir menyempurnakan perasmian Hari Belia Negara hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MBM percaya sokongan berterusan kerajaan, membuktikan kesungguhan dalam memperkasakan suara dan peranan anak muda, khususnya ketika dunia berdepan cabaran ekonomi serta ketidaktentuan geopolitik semasa.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan peruntukan tersebut bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, bertujuan memperkasakan peranan MBM dalam memacu pembangunan golongan belia di negara ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan