AM

Mohamad Bertemu Dua Rakan Sejawatan Di New Delhi

15/05/2026 09:03 PM

NEW DELHI, 15 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Rusia dan India di sela-sela hari kedua Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Rakan Kongsi BRICS 2026 di sini hari ini.

Dalam pertemuan pertama dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, kedua-dua pihak membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Rusia serta perkembangan semasa di Asia Barat, termasuk keperluan semua pihak mengutamakan dialog, diplomasi dan usaha meredakan ketegangan demi keamanan serta kestabilan serantau.

“Malaysia menghargai hubungan baik yang terjalin dengan Persekutuan Rusia dan komited untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu dalam pertemuan dengan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pengukuhan kerjasama dalam kerangka BRICS, hubungan dua hala Malaysia-India serta isu serantau dan antarabangsa.

“Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh kerjasama strategik demi manfaat bersama,” katanya.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Rakan Kongsi BRICS 2026 menghimpunkan menteri dan wakil negara anggota serta rakan BRICS bagi membincangkan perkembangan geopolitik global, kerjasama ekonomi dan isu melibatkan negara-negara Selatan Global.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan