ISTANBUL, 16 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 19 hingga 20 Mei atas jemputan Presiden China Xi Jinping, menurut pengumuman Kremlin pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut kenyataan Kremlin, Putin dan Xi akan membincangkan hubungan dua hala, usaha memperkukuh perkongsian komprehensif serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara selain isu utama antarabangsa dan serantau.
Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka menandatangani kenyataan bersama selepas rundingan selain beberapa perjanjian dua hala melibatkan kerajaan, jabatan dan lain-lain, menurut kenyataan itu.
Putin turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang bagi membincangkan kerjasama perdagangan dan ekonomi.
Lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-25 Perjanjian Hubungan Kejiranan Baik dan Kerjasama Persahabatan antara kedua-dua negara.
Putin dan Xi juga dijadual menghadiri majlis perasmian Tahun Pendidikan Rusia-China (2026-2027).
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial