DUNIA

Pemandu Kereta Api Dalam Perlanggaran Tren-Bas Bangkok Didapati Positif Dadah

18/05/2026 12:14 AM

BANGKOK, 17 Mei (Bernama-Xinhua) -- Pemandu kereta api dalam kes perlanggaran tren-bas Bangkok didapati positif dadah, lapor media Thailand pada Ahad, menurut Xinhua.

Pada petang Sabtu, sebuah kereta api dalam perjalanan dari Wilayah Chachoengsao ke Bang Sue di Bangkok bertembung dengan sebuah bas di persimpangan kereta api di tengah-tengah Bangkok, mencetuskan kebakaran disertai bunyi dentuman.

Beberapa kereta dan motosikal lain turut terlibat. Kemalangan itu telah menyebabkan lapan kematian dan 32 kecederaan. Kesemua yang maut ialah penumpang dalam bas tersebut.

Keputusan ujian air kencing yang lebih terperinci bagi pemandu kereta api dan juru isyarat lintasan kereta api akan diumumkan secara rasmi pada Isnin, dan kakitangan berkaitan akan didakwa, kata polis Thailand.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan