| BERITA TERGEMPAR | Allianz Malaysia posts higher net profit of RM227.35 mln in 1Q FY2026 compared to RM213.04 million in 1Q FY2025 | |
PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Cadangan pemberian sistem kad fleet diesel bersubsidi kepada kira-kira 17,000 penyedia perkhidmatan jentera pertanian akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membantu mengurangkan kos operasi sektor penanaman padi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata cadangan inisiatif itu melibatkan peruntukan kira-kira RM200 juta.
Beliau berkata antara yang terlibat termasuklah pengusaha jentera pembajak, jentera penuai dan jentera penabur baja yang memainkan peranan penting dalam rantaian pengeluaran padi negara.
"Kebanyakan pesawah bergantung kepada penyedia perkhidmatan pertanian. Perkara itu akan dibawa ke MTEN," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Informasi Pertanian Kebuniti atau dikenali sebagai Gardentopia, di sini hari ini.
Mohamad berkata langkah itu dicadangkan susulan peningkatan kos operasi terutama diesel yang memberi kesan kepada penyedia perkhidmatan jentera dan secara tidak langsung membebankan pesawah.
Sebelum ini, Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob dilapor berkata pesawah kini bergelut dengan peningkatan kos operasi yang menjejaskan motivasi mereka.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial