DUNIA

NCM Ingatkan Jemaah Haji Elak Terdedah Terik Matahari Waktu Tengah Hari

25/05/2026 11:04 PM

MINA, 25 Mei (Bernama-SPA) -- Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) menggesa jemaah haji mematuhi garis panduan pencegahan khususnya pada waktu tengah hari antara 11 pagi hingga 3 petang bagi mengurangkan kesan cuaca panas di tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Jurucakap rasmi NCM Hussein bin Mohammed Al-Qahtani berkata keadaan cuaca dan suhu dipantau secara berterusan menerusi stesen pemantauan milik pusat itu yang ditempatkan di seluruh kawasan tanah suci.

Beliau berkata langkah itu bertujuan menyediakan data meteorologi yang tepat kepada pihak berkuasa berkaitan serta membantu proses membuat keputusan sekali gus meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan