EKONOMI

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

28/05/2026 08:16 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Mudajaya menyatakan harga penjualan itu akan digunakan untuk mengimbangi hutang yang perlu dibayar kepada MHL berjumlah HK$244.97 juta setakat 30 April, 2026.

Syarikat pembinaan dan kejuruteraan Malaysia itu berkata baki selebihnya sebanyak HK$10.97 juta, bersama-sama dengan faedah berkaitan, akan diselesaikan secara tunai.

Mudajaya memaklumkan cadangan penjualan itu memberi peluang kepada kumpulan untuk membuka potensi dan meraih keuntungan daripada sebahagian pelaburannya dalam Real Jade, sambil mengekalkan pegangan kawalan dalam Real Jade.

Ini sekali gus membolehkan kumpulan itu terus mengambil bahagian dalam sebarang pertumbuhan masa depan dan penambahbaikan operasi Real Jade.

Cadangan penjualan itu juga akan membolehkan kumpulan mengoptimumkan pendedahan pelaburannya dalam pasaran simen di China dan memperuntukkan semula fokus pengurusan ke arah memperkukuh perniagaan teras sedia ada.

Melalui anak syarikatnya, Real Jade terlibat terutamanya dalam pembuatan, jualan dan perdagangan simen di China.

Real Jade juga terlibat dalam penyediaan penyelesaian penjimatan dan penggunaan semula tenaga melalui pemasangan sistem penyaman udara dan sistem pemanasan yang cekap tenaga serta mesra alam untuk bangunan komersial, kediaman dan industri.

Cadangan penjualan itu dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan