KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan digital terus dipertingkat menerusi program Be Smart, Avoid Scam: Scam Awareness For Everyone (SAFE), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai taktik penipuan digital semasa, langkah perlindungan diri di alam siber dan amalan pengurusan kewangan yang lebih selamat.
“Hubungi talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa penipuan.
“Scammer hari ini semakin licik dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan jika tidak sentiasa berwaspada,” katanya.
Terdahulu, Fahmi menghadiri program SAFE anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 Lembah Pantai di Dewan Persatuan Gujerati, Bangsar Park di sini.
Program itu melibatkan kira-kira 120 peserta yang terdiri daripada warga emas dan penduduk sekitar Bangsar.
Fahmi juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada program itu supaya lebih bersedia melindungi diri dan keluarga daripada ancaman penipuan digital.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial