JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Mengesan Remaja Perempuan Hilang Di Temerloh Sejak 14 Mei

31/05/2026 02:50 PM

KUANTAN, 31 Mei (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang sejak 14 Mei.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Arshad Ayob dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Ainul Maisarah Abu Bakar daripada bapa mangsa, pada kira-kira 10 pagi, semalam.

“Remaja itu dilihat kali terakhir di di Kampung Asli Pasu, Kuala Krau, Temerloh dengan memakai pakaian sekolah,” katanya. 

Beliau berkata remaja itu berkulit hitam manis dan berbadan kurus tinggi. 

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerusi nombor 09-2662222 atau ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan