BERITA TERGEMPAR   Peningkatan luar biasa TVET di Malaysia didorong dasar kerajaan dan komitmen TPM Ahmad Zahid - PM Anwar | 
 AM

Sidang Parlimen 22 Jun Diteruskan - Pejabat Speaker Dewan Rakyat

05/06/2026 12:52 PM

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang dijadualkan bermula pada 22 Jun ini, akan diteruskan mengikut takwim yang ditetapkan, menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Perkara itu disahkan kepada Bernama hari ini yang memaklumkan tiada sebarang perubahan pada jadual persidangan Dewan Rakyat.

“Setakat ini, tiada sebarang perubahan pada jadual persidangan Dewan Rakyat yang telah dipaparkan dalam takwim rasmi Parlimen,” menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berdasarkan takwim menerusi portal Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 dijadualkan berlangsung selama 16 hari bermula dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lepas, setelah bersidang selama 20 hari.

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa persidangan Dewan Rakyat ditiadakan bagi memberikan laluan kepada pelaksanaan pilihan raya di beberapa negeri di Semenanjung.

Pada Isnin lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, berkuat kuasa pada 1 Jun setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pula mengumumkan DUN Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan