AM

PM Anwar Tetapkan Perkhidmatan Digital Kerajaan Dibangunkan Secara Dalaman - Fahmi

05/06/2026 06:35 PM

PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan supaya semua aspek pembangunan perkhidmatan digital kerajaan dilakukan secara dalaman bagi melindungi keselamatan dan kedaulatan data.

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Fahmi berkata pembangunan perkhidmatan digital secara dalaman akan diselaraskan oleh Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara.

"Ini mengambil kira aspek keselamatan dan kedaulatan data, akses langsung kepada kod sumber serta pembangunan bakat terutama dalam kalangan penjawat awam," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri mengarahkan agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan lesen, visa atau kemudahan perniagaan di negara ini.

"Kita serah kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan berlandaskan undang-undang dan kita beri peringatan supaya semua peniaga sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang terutama yang memiliki lesen untuk berniaga ataupun lesen untuk melaksanakan aktiviti perniagaan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan