EKONOMI

Well Chip Akan Kumpul Terbitan Hak Boleh Lepas Sehingga RM120 Juta Untuk Pengembangan Pajak Gadai

05/06/2026 11:34 PM

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.

Terbitan hak itu akan dibuat berdasarkan satu saham hak bagi setiap lima saham sedia ada yang dipegang.

Menurut syarikat pemegang pelaburan itu, cadangan terbitan hak berkenaan dijangka mengumpul antara RM60.8 juta dan RM120 juta berdasarkan harga terbitan RM1.00 bagi setiap saham hak.

Menurutnya hasil yang diperoleh akan disalurkan untuk mengembangkan rangkaian pajak gadai baharu dalam tempoh 24 bulan manakala baki dana itu akan digunakan sebagai modal kerja dalam tempoh 12 bulan.

“Cadangan terbitan hak itu akan membolehkan syarikat mengumpul dana yang diperlukan tanpa menanggung perbelanjaan faedah tambahan berbanding melalui pinjaman bank.

“Lembaga pengarah menjangkakan cadangan terbitan hak itu akan diselesaikan dan dilaksanakan menjelang suku keempat 2026,” menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd telah dilantik sebagai penasihat utama bagi terbitan hak yang dicadangkan itu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan