SUKAN

MPL MY: SRG Juara Kali Kelima Berturut-turut

07/06/2026 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Selangor Red Giants (SRG) terus mendominasi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL MY) apabila mempertahankan kejuaraan liga buat kali kelima berturut-turut sejak musim ke-13.

Pada aksi Grand Final musim ke-17 di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini, SRG yang dibarisi Mark Rusiana (Kramm), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish Rizwan (Stormie), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) dan John Vincent Banal (Innocent) nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mencatat kemenangan bersih 4-0 ke atas Team Vamos.

Yums yang bertindak sebagai Roamer pasukan SRG dinobatkan sebagai pemain paling bernilai pada aksi Grand Final itu.

Jurulatih SRG Michael Bocado (Arcadia) berkata musim ini merupakan antara musim paling bermakna buat pasukannya, namun mereka masih belum mencapai tahap terbaik. 

“Kami percaya masih ada ruang untuk penambahbaikan selagi kami terus mahu memperoleh kejayaan, merendah diri dan berusaha untuk mendapatkan semula gelaran kami (Mid Season Cup - MSC),” katanya selepas perlawanan hari ini.

Selaku juara SRG membawa pulang wang tunai USD31,900 (kira-kira RM128,000) manakala naib juara Team Vamos menerima USD18,700 (kira-kira RM75,000).

Selain itu, SRG dan Team Vamos turut mendapat tiket automatik mewakili Malaysia pada MSC di Piala Dunia E-sukan di Paris, Perancis pada Julai ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan