EKONOMI

SIRIM Lantik Nik Sazali Nik Hussin Sebagai Presiden Dan CEO Kumpulan

08/06/2026 04:10 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- SIRIM Bhd melantik Nik Sazali Nik Hussin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Sabirin Arshad yang menyertai Boustead Holdings Bhd sebagai CEO kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Menurut SIRIM, sebelum pelantikan berkenaan Nik Sazali menjalankan tugas sebagai Pemangku Presiden dan CEO kumpulan sejak Ogos 2025.

Beliau juga sebelum ini memegang jawatan CEO SIRIM Academy Sdn Bhd sejak Mac 2023, menerajui pelbagai inisiatif transformasi dan pertumbuhan yang memperkukuh kedudukan organisasi itu sebagai penyedia utama perkhidmatan latihan, perundingan dan pembangunan keupayaan.

"Pelantikan ini mencerminkan penekanan berterusan syarikat terhadap pengukuhan kepimpinan yang berasaskan pengalaman institusi, kepakaran teknikal serta pemahaman mendalam mengenai peranan organisasi itu dalam ekosistem perindustrian negara," kata organisasi penyelidikan perindustrian dan teknologi itu dalam satu kenyataan.

Nik Sazali juga mempunyai pengetahuan institusi yang luas berkaitan SIRIM serta hampir tiga dekad pengalaman kepimpinan merangkumi sektor perbankan komersial, pendidikan tinggi, perundingan pengurusan dan syarikat berkaitan kerajaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan