KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kee Ming Group Bhd telah memperoleh subkontrak pusat data hiperskala bernilai RM21.36 juta di Puncak Alam, Selangor.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kee Ming berkata anak syarikat milik penuhnya, Kee Ming Electrical Sdn Bhd (KME), telah menerima surat anugerah (LOA) pada 9 Jun 2026, untuk menjalankan kerja subkontrak bagi perkhidmatan kejuruteraan elektrik berhubung projek pusat data hiperskala.
Pakar kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) itu berkata LOA tersebut dianugerahkan kepada KME oleh pihak ketiga yang terlibat, terutamanya dalam penyelesaian M&E bersepadu.
“Skop kerja yang akan dijalankan oleh KME ialah pembekalan, penghantaran dan pemasangan utiliti luaran yang terdiri daripada voltan tinggi, voltan sederhana, voltan rendah, voltan tambahan rendah, kerja berkaitan saluran telekomunikasi untuk pakej kerja elektrik serta kerja-kerja elektrik bagi bangunan utama projek, tertakluk kepada terma dan syarat LOA,” katanya.
KME juga menyatakan bahawa kerja-kerja subkontrak itu dijangka siap menjelang 30 Dis 2026, mengikut jadual projek.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial