AM

JPNS Tutup Sementara Permohonan Aktiviti Trans Hiking, Hiking Compress Mulai 1 Julai

12/06/2026 07:51 PM

SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan menutup sementara permohonan bagi menjalankan aktiviti trans hiking dan hiking compress di semua Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu berkuat kuasa 1 Julai ini atas faktor keselamatan.

Menerusi notis yang dikeluarkan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, mana-mana pihak yang melanggar arahan berkenaan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 47 Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, notis berkenaan tidak menyatakan tempoh pelaksanaan penutupan sementara itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan