JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Bawah Jambatan

13/06/2026 11:36 AM

CHUKAI, 13 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Air Puteh di bawah jambatan Seberang Tayor, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat berkenaan oleh orang awam pada 6 petang.

Beliau berkata hasil siasatan dan pengecaman awal mendapati mangsa adalah penduduk tempatan.

"Hasil pemeriksaan fizikal ke atas mayat berkenaan mendapati tiada kesan serta unsur perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan