EAST RUTHERFORD (New Jersey), 14 Jun (Bernama-dpa) -- Carlo Ancelotti tidak begitu gembira dengan Piala Dunia pertamanya sebagai jurulatih, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pasukannya Brazil, sebagai juara lima kali, seri 1-1 menentang pasukan ke separuh akhir 2022 Maghribi di New Jersey.
Perlawanan akhir juga akan berlangsung di stadium di luar New York itu namun susulan keputusan setakat ini, pasukan Seleção tidak akan berada di sana.
"Perlawanan, terutamanya pada separuh masa pertama, adalah sukar. Kami gementar, kami banyak kehilangan penguasaan bola, dan terdapat kekurangan keseimbangan di atas padang," kata pemain Itali itu, yang memenangi pelbagai trofi dalam liga bola sepak kelab Eropah, kepada pemberita pada Sabtu.
“Apa yang kami lakukan dengan baik dalam dua perlawanan persahabatan tidak sesuai dengan perancangan pada separuh masa pertama. Kami perlu terus berusaha untuk membina pasukan yang lebih seimbang dan lebih menyerang di hadapan."
Gol kemas oleh Ismael Saibari meletakkan Atlas Lions di hadapan pada minit ke-21 sebelum Vinícius Júnior menyamai kedudukan hanya selepas setengah jam dengan penyudah yang cantik.
Kali terakhir Brazil menjuarai Piala Dunia adalah pada 2002 dan sejak itu berdepan kegagalan. Jika mereka tidak menjulang trofi di Amerika Utara, ia akan menjadi kemarau terpanjang sejak mereka kali pertama mereka menang pada 1958.
Namun Ancelotti menawarkan harapan kepada kebimbangan peminat menjelang perlawanan kedua kumpulan C menentang Haiti pada Jumaat.
"Separuh masa kedua lebih baik. Pasukan akan bertambah baik pada perlawanan seterusnya," katanya. "Kami tidak boleh hilang keyakinan. Dalam perlawanan Piala Dunia pertama, apa sahaja boleh berlaku. Pasukan tidak menjadi sempurna dalam perlawanan pertama."
Sama ada pemain ikon Neymar akan cergas untuk perlawanan Haiti di Philadelphia masih belum pasti selepas beliau tidak diturunkan untuk berdepan Maghribi susulan kecederaan betis.
Kapten Maghribi, Achraf Hakimi menunjukkan sejauh mana pasukannya telah meningkat sejak pencapaian 2022 mereka, memandangkan beliau kecewa tidak dapat menewaskan pasukan paling ikonik Piala Dunia itu.
Beliau memberitahu FOX Sports: "Kami masih perlu menjadi lebih baik dengan setiap perlawanan, dan itulah yang kami fokus sekarang. Kami perlu meneruskan, membina yang positif dan belajar daripada kesilapan kami."
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial