EKONOMI

Powerwell Dapat Kontrak RM158,81 Juta Berkaitan Pusat Data Di Johor

15/06/2026 06:57 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor. 

Pembuat produk pengedaran elektrik itu berkata subsidiarinya itu telah menerima kontrak bekalan bertarikh 11 Jun daripada kontraktor antarabangsa terkemuka untuk pembekalan dan penghantaran.

“Kontrak pembekalan itu dijangka akan dipenuhi menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027,” katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Powerwell menambah bahawa kontrak pembekalan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan