EKONOMI

Malaysia Teliti Secara Serius Perluas Penyelesaian Bayaran Perdagangan Luar Negara dalam Mata Wang Tempatan - PM Anwar

18/06/2026 09:55 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia akan teliti secara serius meneroka penggunaan mata wang tempatan dengan rakan dagang untuk mengurangkan risiko pertukaran asing yang tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bahawa Malaysia telah pun berdagang yang ketara dengan China dan Rusia, manakala India telah bersetuju untuk mula berdagang dalam mata wangnya atau menjalankan perdagangan barter.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, memetik kejayaan pengaturan pembayaran dua hala sedemikian dalam mata wang tempatan seperti dengan China.

Beliau berkata perdagangan dalam mata wang tempatan dengan China telah berkembang kepada sekitar 22-23 peratus daripada jumlah perdagangan dua hala, sebenarnya merupakan jumlah yang besar daripada paras terendah kira-kira 16 peratus beberapa tahun lepas.

"Dalam rundingan dua hala kami dengan banyak negara, kami kini mula meneroka perkara ini dengan sangat serius. Dan India akhirnya bersetuju untuk memulakan sama ada dalam bentuk barter, jika bukan mata wang tempatan tetapi pilihannya sudah tentu mata wang tempatan," katanya.

Anwar berkata demikian sebagai respons kepada soalan diajukan Donald Courter, koresponden dari media RT, saluran berita televisyen media tajaan kerajaan Rusia pada Khamis.

Terdahulu, Courter berkata terdapat perbincangan mengenai mewujudkan sistem pembayaran alternatif terhadap sistem didominasi Barat dan sama ada negara-negara ASEAN melakukan perkara sama.

Malaysia mengembangkan penyelesaian perdagangan rentas sempadan dalam mata wang tempatan secara aktif untuk mengurangkan kebergantungan pada dolar Amerika Syarikat (AS) dan meminimumkan risiko kadar pertukaran.

Terdapat pencapaian penting yang dicapai, diterajui Bank Negara Malaysia termasuk rangka kerja dua hala dengan rakan kongsi utama seperti China, Indonesia dan Thailand serta perbincangan dengan Rusia baru-baru ini.

Anwar dan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini membincangkan penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dua hala sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan hubungan ekonomi semasa pertemuan mereka di Kazan, Tatarstan.

Para pemimpin juga membincangkan meneroka mekanisme untuk mengembangkan perdagangan dan pelaburan dua hala menggunakan ringgit dan ruble.

Apabila ditanya sama ada kerjasama masa depan dengan Rusia mengenai tenaga akan mengukuhkan lagi kepentingan negara Malaysia, Anwar berkata langkah Malaysia untuk memeterai perjanjian bekalan tenaga dengan negara-negara tertentu termasuk Rusia adalah penting untuk kelangsungan ekonomi kita dan untuk memenuhi keperluan negara memandangkan negara itu kini merupakan pengimport bersih minyak mentah.

“Saya pasti akan meneruskan agenda ini dan mengutamakannya,” katanya.

Anwar menjelaskan bahawa walaupun Malaysia menghasilkan 50 peratus minyak, ia mengeksport gas asli cecair (LNG) ke negara-negara seperti China, Korea Selatan dan Jepun melalui perjanjian yang telah lama terjalin dan sedang giat meneroka di banyak negara di Asia Tengah serta Kanada.

Mengenai usaha menjalin hubungan perniagaan dengan Rusia, Anwar berkata terdapat potensi besar dengan Moscow yang masuh belum diteroka, daripada kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, digital dan pertanian moden.

"Saya amat berterima kasih kepada Presiden Putin kerana memberikan pandangan yang sangat menyokong mengenai perkara ini dan juga Rais Tatarstan dalam perbincangan saya, di mana kita dapat meningkatkan hubungan dua hala.

"Dan kita kini mempunyai pasukan yang bukan sahaja akan memudahkan, tetapi juga mempercepatkan proses tersebut. Walaupun terdapat cabaran dihadapi mengenai sistem dan prosedur pembayaran akibat sekatan sebelum ini, Rusia tidak pernah melanggar sebarang perjanjian perniagaan dan perdagangan, kata Anwar.

Koresponden RT, Courter telah mengadakan temu bual bersama Anwar di luar Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN di Kazan untuk membincangkan pelbagai topik termasuk konflik Asia Barat, ekonomi dan kerjasama dengan Rusia.

Sidang kemuncak itu diadakan untuk menandakan ulang tahun ke-35 hubungan antara Rusia dan organisasi serantau itu.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan yang berakhir hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan