KUALA LUMPUR, 23 June (Bernama) -- Rizan Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$130.5 bilion, setakat 15 Jun 2026.
Bank pusat itu melalui satu kenyataan berkata kedudukan rizab negara adalah mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, selain 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
BNM berkata rizab antarabangsa kasarnya terdiri daripada rizab mata wang asing (US$114.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.9 bilion), emas (US$6.5 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).
Sementara itu, bank pusat itu berkata jumlah asetnya berjumlah RM606.30 bilion merangkumi emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM526.90 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.10 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.68 bilion), harta benda dan peralatan (RM4.55 bilion) serta aset lain (RM35.23 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti adalah sebanyak RM606.30 bilion, terdiri daripada modal (RM100 juta), rizab (RM199.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM183.47 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM100.32 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.83 bilion), deposit lain (RM70.31 bilion), kertas Bank Negara (8.89 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM26.38 bilion) serta liabiliti lain (RM4.89 bilion).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial