AM

Agong Terima Menghadap Ketua Hakim Negara, Panglima Tentera Darat

24/06/2026 10:22 AM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini.

Pada 1 Jun lepas, Wan Ahmad Farid dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ bersempena dengan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Wan Ahmad Farid, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas.

Dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan