DUNIA

Colombia Tewaskan DR Congo 1-0, Kekal Peluang Untuk Mara Ke Pusingan Kalah Mati

24/06/2026 03:11 PM

WASHINGTON, 24 Jun (Bernama-Anadolu) -- Colombia memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Republik Demokratik Congo pada Selasa, mengekalkan harapan mereka untuk melepasi Kumpulan K pada Piala Dunia FIFA 2026, lapor Anadolu Ajansi.

Perlawanan di Stadium Guadalajara di Mexico buntu sepanjang petang apabila penjaga gol DR Congo, Lionel Mpasi melakukan beberapa siri menyelamatkan gawang sekali gus mengecewakan pasukan Amerika Selatan itu.

Colombia akhirnya menemui kejayaan pada minit ke-76 apabila pemain pertahanan Daniel Munoz menjaringkan gol tunggal permainan untuk memastikan tiga mata.

Keputusan itu meningkatkan harapan Colombia untuk mara daripada peringkat kumpulan namun dinafikan peluang untuk merangkul tempat teratas selepas Portugal menundukkan Uzbekistan 5-0 pada awal Selasa.

Kemenangan itu memastikan Colombia tidak dapat melonjak ke tangga teratas kumpulan.

Dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, Piala Dunia FIFA 2026 bermula pada 11 Jun dan akan menampilkan 48 negara yang akan bertanding hingga 19 Julai.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan