KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fadhlina Sidek membuat laporan polis berkenaan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memfitnahnya.
Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan hari ini menzahirkan rasa kesal dengan kandungan video berkenaan yang disifatkan berniat jahat.
“Penyebaran video itu adalah berniat jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kehormatan dan membunuh karakter saya.
“Laporan polis telah dibuat dan saya mahu pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak untuk mengambil sikap yang jelas dalam soal fitnah, pembunuhan karakter dan pelecehan seksual terhadap ahli politik wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial