BATU PAHAT, 27 Jun (Bernama) -- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Penyandang kerusi itu Datuk Mohd Jafni Md Shukor daripada Barisan Nasional (BN) akan dicabar Mohamad Shafwan Ani daripada Pakatan Harapan (PH), M Lina Manoh mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Muhammad Aidil Riduan Mohd Yusof calon Parti Bersama Malaysia (Bersama).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Afzan Azhari mengumumkan senarai calon yang layak bertanding di pusat penamaan calon di Dewan Raya Putra, Bandar Putra di sini, selepas proses berkenaan tamat pada 10 pagi.
Terdahulu, Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching tiba di pusat penamaan berkenaan pada 8.26 pagi bagi mengiringi Mohamad Shafwan.
Pada PRN Johor 2022, Mohd Jafni memenangi kerusi DUN Bukit Permai dengan majoriti 4,755 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRN Johor pada 7 Julai, manakala hari pengundian 11 Julai.
Untuk perkembangan terkini mengenai PRN Johor Ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial