TANGKAK, 27 Jun (Bernama) -- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 11 Julai ini.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tangkak Ungku Suzana Ungku Mohammad di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi tadi.
BN mempertaruhkan Datuk Haw Chin Teck manakala pencabarnya Ee Chin Li mewakili PH.
Terdahulu, Haw menyerahkan borang pencalonannya pada 9.04 pagi manakala Ee yang merupakan penyandang dua penggal kerusi berkenaan menyerahkan borang pencalonan tiga minit kemudian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai ini manakala 7 Julai sebagai hari pengundian awal.
Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial