CHENGDU (China), 29 Jun (Bernama-Xinhua) -- Seramai 13 orang cedera ringan setakat 3.30 pagi Isnin selepas gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Daerah Gaoxian di Bandar Yibin, Wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 196 penduduk lagi dipindahkan ke lokasi selamat.
Menurut ibu pejabat operasi bantuan gempa bumi Yibin, usaha bantuan dan pemulihan sedang dijalankan secara teratur.
Gempa bumi itu berlaku pada 12.12 tengah malam Isnin waktu Beijing.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, pusat gempa dikesan pada kedudukan 28.50 darjah utara dan 104.69 darjah timur, dengan kedalaman enam kilometer.
Pentadbiran Gempa Bumi China turut mengaktifkan respons kecemasan Tahap III susulan kejadian itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial