JENAYAH & MAHKAMAH

Vestigo Sahkan Berlaku Kebakaran Di Kemudahan Luar Pesisir Sarawak, Tiada Kecederaan Dilaporkan

29/06/2026 11:22 AM

KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Vestigo Petroleum Sdn. Bhd., anak syarikat Petronas Carigali Sdn. Bhd. mengesahkan berlaku kebakaran di kemudahan West Lutong Vent A (WLV-A), luar pesisir Sarawak kira-kira 2 petang semalam.

Menurut kenyataan Vestigo di sini hari ini, keadaan berjaya dikawal dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Vestigo juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, dan telah mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu bagi menguruskan risiko pendedahan.

“Tiada kecederaan atau petugas yang terjejas, dan insiden itu tidak menimbulkan ancaman segera kepada komuniti dan alam sekitar. 

“Vestigo kekal komited sepenuhnya terhadap keselamatan petugas, melindungi alam sekitar serta mengekalkan integriti operasinya,” menurut kenyataan itu.

Semalam, satu video mengenai kejadian itu tular dalam media sosial.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan