AM

Fahmi Terima Kunjungan Hormat Duta Malaysia Ke Lubnan

01/07/2026 08:46 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menerima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Lubnan Anwar Udzir.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook berkata pertemuan itu penting bagi terus memperkukuh hubungan kerja, bertukar pandangan serta meneliti perkembangan semasa melibatkan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“TYT Anwar Udzir telah menerima watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Lubnan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Mei 2026 yang lalu.

“Saya ucapkan selamat menjalankan tugas dan semoga sentiasa dikurniakan kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab beliau mewakili Malaysia di Lubnan," katanya.

Fahmi berkata beliau mengenali Anwar ketika diplomat itu bersama pasukannya membantu penganjuran Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity di Tokyo, Jepun tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan