PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejak Prestasi Semalaman Pasaran AS

15/10/2024 11:11 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

 KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih meningkat, didorong oleh prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67 daripada 1,636.54 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.02 mata pada 1,638.56.

Sentimen pasaran hampir tidak berubah dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 132 berbanding 130 manakala 243 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,972 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 137.68 juta unit yang bernilai RM81.41 juta.

Naib Presiden Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi apabila Dow Jones dan S&P500 mencecah paras tinggi menjelang pengumuman pelaporan prestasi korporat terkini dan tidak dipengaruhi peningkatan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS pada 4.09 peratus.

Di peringkat tempatan FBM KLCI mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih positif di tengah-tengah sentimen berhati-hati.

Beliau berkata jumlah dagangan harian juga hanya meningkat sedikit daripada paras dua bilion saham ketika pelabur-pelabur runcit terus memaparkan sikap berhati-hati.

“Berikutan itu, kami menjangkakan indeks penanda aras itu akan berlegar dalam julat 1,635-1,645 pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

 Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank naik 2.0 sen kepada to RM21.30, Petronas Chemicals meraih 3.0 sen kepada RM5.65 manakala MR DIY, Axiata and Sime Darby masing-masing naik 1.0 sen kepada RM2.17, RM2.41 dan RM2.47.

Bagi saham aktif, Northeast Group dan Datasonic masing-masing menambah 1.5 sen kepada 51.5 sen dan 44.5 sen manakala 99 Speed Mart melonjak 5.0 sen kepada RM2.51 dan Pertama Digital susut setengah sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas menokok 8.74 mata kepada 12,298.69, Indeks FBM Emas Syariah menambah 5.83 mata kepada 12,207.73 dan Indeks FBMT 100 meraih 9.83 mata kepada 11,999.55.

Indeks FBM 70 bagaimanapun susut 7.01 mata kepada 17,562.31 namun Indeks FBM ACE naik 11.70 mata kepada 5,100.81.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 39.11 mata kepada 19,298.28, Indeks Perladangan turun 0.20 mata kepada 7,216.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.01 mata kepada 175.22 manakala Indeks Tenaga berkurangan 7.51 mata kepada 870.56.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan