PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

17/10/2024 01:20 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Khamis, disokong oleh pembelian semasa harga murah yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, khususnya melibatkan sektor produk dan perkhidmatan pengguna dan perindustrian, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.30 peratus atau 4.93 mata kepada 1,637.56 daripada 1,632.63 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.84 mata lebih tinggi kepada 1,634.47 sebelum bergerak antara 1,633.72 hingga 1,640.73 sepanjang sesi dagangan pagi.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 528 berbanding 314 manakala 442 kaunter kekal tidak berubah, 1,209 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.53 bilion unit bernilai RM1.03 bilion.

Menurut Maybank Investment Bank Bhd, sektor pengguna, yang menerajui pasaran semalam, menarik minat belian yang tinggi kerana pelabur menjangkakan potensi manfaat daripada pengumuman Belanjawan 2025 esok.

“Secara teknikalnya, kami menjangkakan indeks penanda aras mencecah julat antara 1,620 hingga 1,640 mata hari ini, dengan paras sokongan pada 1,623 dan 1,596 mata,” tambahnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Sime Darby meningkat 5.0 sen kepada RM2.43, Petronas Chemicals naik 6.0 sen kepada RM5.67, manakala QL Resources dan PMetal masing-masing menambah 4.0 sen kepada RM4.74 dan RM4.75 manakala Tenaga menokok 12 sen kepada RM14.59.

Saham aktif pula, Aizo naik setengah sen kepada 15 sen, SMTrack kekal pada 2.0 sen, SP Setia menokok 10.0 sen kepada RM1.41, Cape EMS menambah 1.0 sen kepada 32.5 sen, dan Velesto tidak berubah pada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 32.43 mata kepada 12,301.38, manakala Indeks FBM Emas Syariah meningkat 35.35 mata kepada 12,200.91.

Indeks FBMT 100 menokok 31.14 mata kepada 12,002.96, Indeks FBM 70 menambah 27.03 mata kepada 17,610.20 manakala Indeks FBM ACE meningkat 16.33 mata kepada 5,077.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 72.49 mata kepada 19,387.84, Indeks Tenaga naik 5.49 mata kepada 854.85, Indeks Perladangan menokok 12.88 mata kepada 7,213.36, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.16 mata kepada 175.14.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan