PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Keyakinan Terhadap Belanjawan 2025

18/10/2024 06:35 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, dipacu oleh keyakinan terhadap Belanjawan 2025 dan pembelian menyeluruh bagi seluruh papan, kata penganalisis.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.55 mata atau 0.27 peratus kepada 1,645.99 daripada 1,641.44 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 1.85 mata lebih tinggi kepada 1,643.29, bergerak antara 1,641.71 hingga 1,649.31 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 598 berbanding 396, manakala 556 kaunter kekal tidak berubah, 942 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang digantung.

Jumlah dagangan berkurang kepada 2.52 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 2.68 bilion unit bernilai RM2.45 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau juga mencatatkan kenaikan apabila pelabur menyambut baik data ekonomi China yang kukuh dan pengumuman butiran program pembelian balik saham baharu daripada bank pusatnya.

Beliau berkata data daripada ekonomi kedua terbesar dunia itu menunjukkan penurunan harga rumah berkurangan bulan lepas, menandakan dasar sokongan Beijing mungkin mula menunjukkan hasil.

“Di peringkat tempatan, kami menjangkakan indeks penanda aras mengekalkan keadaan tidak banyak berubah dan berkemungkinan dagangan mencecah antara 1,645 hingga 1,665 pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Antara saham berwajaran tinggi, YTL Corporation naik 6.0 sen kepada RM2.32, Axiata meningkat 5.0 sen kepada RM2.40, Genting Malaysia menokok 4.0 sen kepada RM2.32, Press Metal menambah 8.0 sen kepada RM4.80, dan Genting naik 6.0 sen kepada RM4.05.

Bagi kaunter aktif, Northeast Group naik 4.0 sen kepada 53 sen, Bina Puri Holdings turun 1.5 sen kepada 33 sen, WCT Holdings menambah 1.0 sen kepada 92.5 sen, MYEG menokok 1.5 sen kepada 91 sen, dan Focus Dynamics kekal pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 43.97 mata kepada 12,367.53 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 59.49 mata kepada 12,276.95.

Indeks FBMT 100 meningkat 41.83 mata kepada 12,067.57, Indeks FBM 70 menambah 93.01 mata kepada 17,715.63, dan Indeks FBM ACE naik 28.69 mata kepada 5,120.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.32 mata kepada 19,468.56, Indeks Tenaga turun 1.17 mata kepada 854.53, Indeks Perladangan bertambah 23.30 mata kepada 7,273.53, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.19 mata kepada 176.42.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.19 bilion unit bernilai RM1.86 bilion daripada 1.66 bilion unit bernilai RM2.93 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 867.56 juta unit bernilai RM147.50 juta daripada 853.42 juta unit bernilai RM148.88 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE sebanyak 452.73 juta unit bernilai RM154.12 juta berbanding 272.28 juta unit bernilai RM83.56 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 196.26 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (205.51 juta), pembinaan (149.49 juta), teknologi (132.69 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (58.45 juta), hartanah (194.56 juta), perladangan (21.53 juta), REIT (16.44 juta), dana tertutup (174,900), tenaga (61.56 juta), penjagaan kesihatan (35.01 juta), telekomunikasi dan media (20.52 juta), pengangkutan dan logistik (32.21 juta), utiliti (73.23 juta), serta amanah perniagaan (1.07 juta).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan