PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

25/10/2024 06:56 PM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran rendahnya bagi hari kelima berturut-turut pada Jumaat apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang pergerakan pasaran yang ketara, kata seorang penganalisis. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.93 mata, atau 0.85 peratus, kepada 1,618.30 daripada paras penutup 1,632.23 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.79 mata kepada 1,633.02 dan bergerak turun naik antara paras 1,617.60 dan 1,635.28 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 656 berbanding 354, manakala 577 kaunter tidak berubah, 915 tidak diniagakan dan 31 digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.47 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 2.64 bilion unit bernilai RM2.28 bilion sebelumnya.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, sentimen di bursa tempatan kekal lemah dengan jumlah dagangan berada di bawah purata apabila para pelabur menunggu pemangkin baharu pasaran.

“Bagaimanapun, indeks petunjuk pasaran menghampiri situasi terlebih jual, membayangkan potensi lantunan semula tidak lama lagi.

"Corak dagangan ini mungkin berlanjutan ke minggu depan, dengan jangkaan pergerakan tidak berubah dan meningkat sedikit dalam jajaran 1,615 hingga 1,630," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata dagangan pasaran yang lengang hari ini sejajar dengan aliran sebelum ini, apabila minggu pilihan raya - terutamanya di negara maju sering menyebabkan aktiviti dagangan menjadi lemah.

"Pelabur mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat menjelang pilihan raya Jepun pada Ahad ini," katanya.

Di FBM KLCI beliau berkata saham utiliti serta minyak dan gas mendahului penurunan, manakala dalam kalangan indeks Bursa Malaysia sektor perladangan mencatatkan kenaikan tinggi. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.54, Public Bank turun 11 sen kepada RM4.41 dan CIMB Group berkurangan satu sen kepada RM8.12.

Bagaimanapun, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM14.38 dan IHH Healthcare melonjak sembilan sen kepada RM7.50.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur Gudang dan Permaju Industries turun setengah sen masing-masing kepada lima sen dan tiga sen, YTL Power International susut 22 sen kepada RM3, YTL Corp jatuh 16 sen kepada RM1.97 dan Focus Dynamics tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 79.08 mata kepada 12,220.62, Indeks FBM 70 turun 33.64 mata kepada 17,714.67, Indeks FBMT 100 berkurangan 79.68 mata kepada 11,921.94, Indeks FBM Emas Shariah susut 44.56 mata kepada 12,199.9824.92 dan Indeks FBM ACE jatuh 9.93 mata kepada 5,101.01.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 145.54 mata kepada 19,262.03, Indeks Tenaga susut 12.50 mata kepada 846.53, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.10 mata kepada 175.72, tetapi Indeks Perladangan meningkat 19.47 mata kepada 7.58,

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.41 bilion unit bernilai RM1.92 bilion daripada 1.65 bilion unit bernilai RM2.07 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 674.42 juta unit bernilai RM94.25 juta daripada 669.84 juta unit bernilai RM97.08 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 385.05 juta unit bernilai RM125.46 juta daripada 329.30 juta unit bernilai RM113.53 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 267.43 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (345.86 juta), pembinaan (83.55 juta), teknologi (154.17 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (75.86 juta), hartanah (164.53 juta), perladangan (73.20 juta), REIT (11.41 juta), dana tertutup (150,100), tenaga (52.33 juta), penjagaan kesihatan (49.40 juta), telekomunikasi dan media (26.11 juta), pengangkutan dan logistik (29.44 juta), utiliti (81.56 juta), dan amanah perniagaan (37,200).

-- BERNAMA   

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan