PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Meningkat 0.47 Peratus Pada Tengah Hari Didorong Optimistik Serantau

04/11/2024 02:51 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, menunjukkan sentimen positif di seluruh pasaran serantau.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.67 mata atau 0.47 peratus kepada 1,611.65 daripada 1,603.98 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks yang menjadi penanda aras itu dibuka 3.77 mata lebih tinggi kepada 1,607.75 dan didagangkan dalam julat 1,607.75 hingga 1,615.95 sepanjang sesi pagi.

Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan 464 kaunter untung mengatasi 441 kaunter rugi, manakala 446 kaunter lagi tidak berubah, 1,050 kaunter tidak diniagakan, dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.45 bilion saham bernilai RM1.05 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd walaupun turun naik pasaran yang ketara berterusan, ringgit yang rendah pada RM4.375 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS)  boleh meningkatkan sentimen dalam sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi.

“Selain itu, sektor perladangan berkemungkinan menunjukkan aliran positif sejajar dengan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM), manakala sektor minyak dan gas boleh mendapat manfaat daripada kenaikan semula harga minyak mentah berikutan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah.

“Bagi pelaburan untuk syarikat yang dijangka mengekalkan kestabilan, kami cenderung kepada  kepada sektor pengguna, dengan syarikat seperti MR DIY dan 99 Speedmart menawarkan pilihan menarik,” menurutnya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group masing-masing meningkat 6.0 sen kepada RM10.46 dan RM8.01, manakala Tenaga Nasional melonjak 14.0 sen kepada RM14.04.

Public Bank susut 7.0 sen kepada RM4.39, dan IHH Healthcare turun 4.0 sen kepada RM7.24.

Antara saham aktif, Cape EMS naik 3.0 sen kepada 34 sen, Sorento Capital menokok 2.0 sen kepada 39.5 sen, dan Bahvest Resources meningkat 6.5 sen kepada 90.5 sen.

Hong Seng tidak berubah pada 1.0 sen, manakala Ta Win Holdings menguncup setengah sen kepada 2.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 57.76 mata kepada 12,186.10, Indeks FBMT 100 menambah 57.41 mata kepada 11,897.20, dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 82.68 mata kepada 12,185.12.

Indeks FBM 70 meningkat lonjak 88.57 mata kepada 17,767.50, manakala Indeks FBM ACE meningkat 16.88 mata kepada 5,013.23.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.08 mata kepada 174.65, Indeks Tenaga menambah 0.78 mata kepada 839.58 manakala Indeks Perladangan melonjak 92.85 mata kepada 7,549.22.

Namun, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.84 mata kepada 19,001.92.

Sementara itu, menerusi kenyataan hari ini, Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan saham DS Sigma Holdings Bhd akan dipindahkan daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama di bawah sektor “Produk dan Perkhidmatan Perindustrian”, berkuat kuasa pada 6 Nov, 2024.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan