KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan permintaan lemah seiring dengan penyusutan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
Kadar bulan semerta November 2024 jatuh kepada US$2,674.70 setiap auns troy daripada US$2,692.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.
Sementara kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 ditutup rendah kepada US$2,687.00 setiap auns troy daripada US$2,705.60.
Jumlah dagangan merosot kepada lima lot daripada 15 lot manakala kepentingan terbuka menurun kepada 18 kontrak daripada 31 sebelumnya.
Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 8 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,691.15 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial