PASARAN > BERITA

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

14/11/2024 07:47 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit, di samping mata wang pesat membangun yang lain, terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar  Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4840/4870 berbanding dolar AS 4.4450/4495 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata "semuanya bergantung kepada keputusan kadar faedah AS, iaitu sama ada Fed akan terus menurunkan kadar pada 2025, mengekalkan atau menaikkannya".

"Ini bergantung juga sama ada dasar AS akan menyebabkan inflasi, yang memberikan peluang kepada Fed untuk mengetatkan pendirian monetari. Justeru, ia akan menjadikan dolar AS semakin kukuh, namun, ini  menjadikan mata wang pasaran sedang pesat membangun lebih lemah, termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6750/6787 daripada 5.6678/6736 ketika ditutup pada Rabu, dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8720/8741 daripada 2.8692/8723, namun naik berbanding euro kepada 4.7172/7203 daripada 4.7241/7289.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thai kepada 12.7706/7838 daripada 12.8235/8416 ketika ditutup semalam, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3309 daripada 3.3244/3280, merosot berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.63 daripada 7.57/7.58 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 282.6/282.9 daripada 281.5/282.0.

-- BERNAMA  

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan