Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaik untuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli global dan keputusan China untuk mengekalkan kadar pinjaman yang menjadi penanda arasnya tidak berubah.
Agensi Meteorologi Thailand turut mengeluarkan amaran hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir kilat bermula 19 Nov hingga 25 Nov, 2024.
“Bagaimanapun, kenaikan berterusan dihadkan oleh petunjuk bercampur-campur daripada harga minyak mentah dan konflik berterusan antara Rusia-Ukraine, yang mempengaruhi sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama.
Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini, dipacu oleh yen yang lemah dan sentimen pelabur yang positif di China, pengguna getah utama dunia.
Mengikut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 27.0 sen kepada 871 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat tiga sen kepada 682.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 kekal pada 864.5 sen sekilogram dan lateks pukal pada 681 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial