PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

26/11/2024 10:52 AM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berdaya tahan menghampiri paras 1,600, mengambil petunjuk daripada rekod penutupan Wall Street berikutan pencalonan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.05 mata kepada 1,600.50.

Suasana pasaran positif dengan 153 kaunter untung mengatasi 138 kaunter rugi manakala 265 kaunter kekal tidak berubah, 1,906 saham tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 244.52 juta unit bernilai RM57.83 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Bessent terkenal dengan reputasinya untuk cenderung meningkatkan defisit, mungkin menyebabkan penurunan dalam hasil Perbendaharaan AS ke paras terendah hampir satu bulan.

"Ini telah menimbulkan harapan bahawa beliau akan membantu memulihkan ekonomi AS dan memperbaiki keadaan perniagaan secara keseluruhan," katanya.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata data Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Biro Statistik Kebangsaan China, dijadual diumumkan hari ini mungkin menyebabkan pelabur bersikap berhati-hati.

“Kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal dalam penyatuan, cuba melebihi paras 1,600 dan berada dalam julat 1,590-1,605 hari ini,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Hong Leong Bank dan CelcomDigi tidak berubah, masing-masing pada RM10.30, RM20.88, and RM3.55, respectively.

CIMB turun tiga sen kepada RM8.35 manakala Public Bank dan IHH meningkat satu sen, masing-masing kepada RM4.46 dan RM7.10.

Bagi kaunter aktif, Zentech dan Yew Kee kekal tidak berubah, masing-masing pada 1.0 sen dan 46 sen, Lay Hong jatuh 0.5 sen kepada 37 sen, Silver Ridge menambah satu sen kepada 60.5 sen dan 3Ren melonjak 0.5 sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.98 mata kepada 12,187.30, Indeks FBMT 100 naik 12.85 mata kepada 11,891.50, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 26.25 mata kepada 12,136.19, Indeks FBM 70 menambah 3.04 mata kepada 18,060.96 dan Indeks FBM ACE menokok 0.81 mata kepada 5,164.26

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 5.21 mata kepada 19,283.82, Indeks Tenaga menokok 0.90 mata kepada 830.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 5.21 mata kepada 19,283.82, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.31 mata kepada 172.58.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan