PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

03/12/2024 10:13 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dengan niaga hadapan cuba untuk mendapatkan sokongan pada paras RM5,000 setiap tan.

Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata pengeluaran MSM yang lebih rendah di Malaysia pada November adalah disebabkan oleh hujan lebat yang mengganggu penuaian dan pengumpulan tandan buah segar (FFB).

Akibatnya, kata Sathia, penurunan MSM telah menyokong momentum pembelian pada niaga hadapan MSM.

“Bekalan dan eksport minyak sawit secara meluas dijangka lebih rendah pada November berbanding paras Oktober dengan kedudukan stok simpanan akhir bulan bergantung sepenuhnya kepada bagaimana import dan penggunaan domestik berubah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpusat di Mumbai Anilkumar Bagani berkata ringgit yang lemah telah menyokong niaga hadapan MSM kepada harga yang lebih tinggi.

"Minyak sawit dilihat kebanyakannya berharga dalam berita kenaikan harga levi Indonesia selain kenaikan cukai eksport. Kerajaan Indonesia kekal dengan rancangan asal untuk memulakan mandat biodiesel B40 mulai 1 Jan, 2025.

“Indonesia menaikkan harga rujukan minyak sawitnya untuk 1 hingga 31 Dis, 2024 kepada US$1,071.67 setiap tan, meningkat daripada US$961.97 setiap tan untuk 1 hingga 30 Nov, 2024.

“Cukai eksport dinaikkan kepada dua kategori lebih tinggi manakala peratusan levi eksport kekal sama, tetapi levi keseluruhan meningkat disebabkan kenaikan harga rujukan. Anggaran kami sendiri ialah US$1,073.56 setiap tan,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat RM126 kepada RM5,343 setiap tan, Januari 2025 berkembang RM133 kepada RM5,212, Februari 2025 bertambah RM120 kepada RM5,075, Mac 2025 menokok RM104 kepada RM4,927 setiap tan, April 2025 melonjak RM81 kepada RM4,770 dan Mei 2025 naik RM61 kepada RM4,622.

Jumlah dagangan melonjak kepada 80,392 lot daripada 65,864 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 231,466 kontrak daripada 229,527 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk December Selatan naik RM100 kepada RM5,380 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan