KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik, memandangkan pengeluaran yang lebih lemah dan paras stok yang berpotensi lebih rendah untuk bulan ini, kata seorang peniaga.
"Kami menjangkakan harga akan diniagakan antara RM4,800 setan dan RM5,050 setan," kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Bernama.
Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata tahap inventori MSM menurun disebabkan musim hujan.
Beliau menambah lazimnya permintaan dipacu oleh China sebagai persediaan untuk Tahun Baharu Cina pada Januari dan juga negara-negara seperti India, Pakistan, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
"Negara-negara ini akan membeli MSM apabila terdapat keperluan untuk meningkatkan inventori mereka," katanya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 turun RM196 kepada RM5,140 setan, Januari 2025 susut RM248 kepada RM4,994 setan dan Februari 2025 jatuh RM222 kepada RM4, 906 setan.
Kontrak Mac 2025 menguncup RM167 kepada RM4,816 setan, April 2025 menyusut RM130 kepada RM4,689 setan dan Mei 2025 turun RM100 kepada RM4,562 setan.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 405,635 lot daripada 441,315 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 241,421 kontrak daripada 234,629 kontrak seminggu sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan turun RM180 kepada RM5,200 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial