PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

17/12/2024 08:51 PM


From Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak semerta Disember 2024 menurun kepada US$2,643.30 setiap auns troy daripada US$2,663.90 setiap auns troy pada Isnin manakala Januari 2025 menyusut kepada US$2,656.40.00 setiap auns troy daripada US$2,677.00 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak pada Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025, masing-masing merosot kepada US$2,666.60.20 setiap auns troy daripada US$2,687.20 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan menurun kepada 26 lot daripada 50 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka merosot kepada 39 kontrak daripada 67 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,654.20 setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan