KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Kontrak semerta Disember 2024 menurun kepada US$2,621.30 setiap auns troy daripada US$2,650.60 setiap auns troy pada Rabu, manakala Januari 2025 merosot kepada US$2,634.40 setiap auns troy daripada US$2,663.70 setiap auns troy pada Rabu.
Manakala kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup rendah masing-masing kepada US$2,644.60 setiap auns troy daripada US$2,673.90 setiap auns troy.
Jumlah dagangan melonjak kepada 57 lot daripada enam lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 75 kontrak daripada 21 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 18 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,635.65 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial