KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street dan pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.06 mata kepada 1,602.26 daripada 1,596.20 semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi, naik 0.44 mata kepada 1,596.64, sebelum mencapai paras tertinggi pada 1,603.57.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 453 berbanding 373.
Sejumlah 472 kaunter tidak berubah, 1,125 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.31 bilion unit bernilai RM853.10 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, aktiviti memperelokkan akaun terutamanya dalam sektor perbankan, dijangka terus menyokong indeks utama.
Bagaimanapun, ia mengingatkan mengenai beberapa pasaran global yang ditutup lebih awal menjelang Malam Krismas, dagangan dijangka kekal rendah.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing naik dua sen kepada RM10.10 dan RM14.02. Public Bank dan CIMB, masing-masing meningkat empat sen kepada RM4.56 dan RM7.99 serta IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM7.06.
Daripada saham aktif, Genetec meningkat tujuh sen kepada RM1.31, Vanzo naik 1.5 sen kepada 18 sen, Winstar Capital menambah 3.5 sen kepada 64 sen, JCY menokok dua sen kepada 53 sen dan Sarawak Cable kekal tidak berubah pada 15 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 27.74 mata kepada 12,276.72, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 12.16 mata kepada 12,225.28 dan Indeks FBMT 100 menambah 28.49 mata kepada 11,963.20.
Sementara itu, Indeks FBM ACE merosot 6.89 mata kepada 5,240.38 dan Indeks FBM 70 berkurangan 18.60 mata kepada 18,363.09.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 47.16 mata kepada 18,905.45, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.32 mata kepada 169.97, Indeks Tenaga naik 4.38 mata kepada 807.60 dan Indeks Perladangan menambah 15.91 mata kepada 7,503.72.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial