PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 0.49 Peratus

26/12/2024 01:58 PM

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif dengan mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan, seiring dengan prestasi positif di Wall Street dan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.88 mata atau 0.49 peratus kepada 1,610.87 daripada 1,602.99 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 0.59 mata kepada 1,603.58 dan bergerak antara 1,602.79 dan 1,612.12 semasa sesi dagangan. 

Pasaran lebih luas adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 541 berbanding 290 manakala 478 kaunter kekal tidak berubah, 1,113 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan. 

Jumlah dagangan sebanyak 1.34 bilion unit bernilai RM885.43 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata pelabur memantau dengan teliti data ekonomi utama seperti pengumuman tuntutan pengangguran awal lewat hari ini dan inventori minyak mentah pada Jumaat untuk penilaian lanjut.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.12, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.52, CIMB menambah tiga sen kepada RM8.00, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM14.18 dan IHH Healthcare meningkat 12 sen kepada RM7.20.

Bagi saham aktif, Zen Tech naik setengah sen kepada satu sen, JCY menambah empat sen kepada 56.5 sen, Vanzo menokok 1.5 sen kepada 19.5 sen, SNS Network menambah lapan sen kepada 65 sen dan Globetronics meningkat 2.5 sen kepada 60 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.59 mata kepada 12,349.47, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 90.52 mata kepada 12,328.18 dan Indeks FBMT 100 menokok 64.95 mata kepada 12,034.30.

Indeks FBM ACE meningkat 45.06 mata kepada 5,326.62 dan Indeks FBM 70 melonjak 122.36 mata kepada 18,497.63.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 29.04 mata kepada 18,912.77, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.20 mata kepada 172.58, Indeks Tenaga menambah 5.13 mata kepada 820.19 dan Indeks Perladangan menokok 27.63 mata kepada 7,536.31.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan