PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

02/01/2025 01:11 PM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2025, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun kepada 5.42 mata kepada 1,636.91 daripada 1,642.33 ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka 1.01 mata lebih rendah kepada 1,641.32.

Pasaran ditutup bersempena cuti Tahun Baharu pada Rabu.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 149 berbanding 139 manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,767 kaunter tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 100.03 juta unit bernilai RM51.49 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan kenaikan pendapatan bagi sektor pembinaan, bahan binaan dan utiliti, didorong oleh pelaburan pusat data.

Dalam nota penyelidikan hari ini, ia turut memihak kepada sektor minyak dan gas, memandangkan kenaikan semula harga minyak mentah Brent dan mengekalkan tinjauan positif terhadap saham sarung tangan apabila ringgit terus berlegar sekitar RM4.47 setiap dolar US.

Bagi saham wajaran tinggi, CIMB menambah dua sen kepada RM8.21, Hong Leong Bank dan Petronas Gas tidak berubah masing-masing pada RM20.56 and RM17.68 manakala Maybank dan IHH Healthcare turun empat sen masing-masing kepada RM10.20 and RM7.26.

Daripada saham aktif, SNS Network naik empat sen kepada 70 sen, Vanzo dan JCY International meningkat satu sen masing-masing kepada 22.5 sen dan 57.5 sen, Harvest Miracle melonjak 1.5 sen kepada 18 sen, Capital A menokok dua sen kepada RM1.02 manakala Niche Capital dan TWL Holdings tidak berubah masing-masing kepada 17 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kurang 24.66 mata kepada 12,560.85, Indeks FBM Emas Shariah susut 21.84 mata kepada 12,568.73, Indeks FBMT 100 turun 29.77 mata kepada 12,236.19, Indeks FBM 70 merosot 5.76 mata kepada 18,835.37 dan Indeks FBM ACE naik 17.93 mata kepada 5,398.37.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 4.54 mata kepada 827.47, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 41.34 mata kepada 19,128.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun satu mata kepada 175.45 manakala Indeks Perladangan kurang 2.80 mata kepada 7,646.26.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan