KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Januari 2025 turun 4.0 mata kepada 1,638.0, kontrak bulan semerta baharu Februari 2025 berada pada 1,641.5, Mac 2025 susut 3.0 mata kepada 1,624.0 dan Jun 2025 jatuh 3.5 mata kepada 1,629.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 8,280 lot daripada 10,744 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 43,615 kontrak daripada 47,278 kontrak.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.46 mata atau 0.58 peratus kepada 1,632.87 berbanding paras 1,642.33 pada Selasa.
Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti sambutan Tahun Baharu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial