KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 susut 7.5 mata kepada 1,630.5, Februari 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,635.0, Mac 2025 rendah 6.0 mata kepada 1,618.0 dan Jun 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,623.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,715 lot daripada 8,280 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,706 kontrak daripada 43,615 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 3.41 mata atau 0.21 peratus kepada 1,629.46 daripada 1,632.87 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial