PASARAN > BERITA

Sesi Dagangan Pagi Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

10/01/2025 02:38 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.79 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.60 berbanding 1,600.81 ketika ditutup pada Khamis. 

Indeks penanda aras itu dibuka 2.73 mata lebih tinggi pada 1,603.54 dan diniagakan antara 1,599.71 dan 1,605.53 sepanjang sesi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 491 berbanding 324, manakala 523 kaunter tidak berubah, 1,031 tidak diniagakan dan 19 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.48 bilion bernilai RM1.09 bilion.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata dagangan tidak berubah dalam pasaran Asia disebabkan peserta pasaran menunggu data Senarai Gaji Bukan Ladang Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

 Selain itu, beliau berkata hasil bon yang lebih tinggi di seluruh dunia terutamanya dari negara G7, mula memberi kesan kepada kedinamikan pasaran, memberi tekanan kepada pasaran saham dan pertukaran asing.

“Perhatian kekal tertumpu pada dasar perdagangan yang berpotensi di bawah pentadbiran Trump menjelang hari pelantikannya, dengan sensitiviti pasaran dijangka meningkat dengan pengeluaran data pekerjaan utama AS selepas itu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional menokok 12 sen kepada RM14.24, IHH Healthcare naik enam sen kepada RM7.10 dan Press Metal meningkat tiga sen kepada RM4.71, manakala MYDIY dan YTL Corporation masing-masing tidak berubah pada RM1.80 dan RM2.46.

Pada masa yang sama, Gamuda dan Sime Darby masing-masing susut satu sen kepada RM4.98 dan RM2.23.

Bagi saham aktif, Velocity meningkat 1.5 sen kepada 8.5 sen, Vanzo dan Green Packet masing-masing naik setengah sen kepada 19.5 sen dan 3.5 sen, manakala Nationgate susut 17 sen kepada RM2.45.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 10.67 mata kepada 12,305.34, Indeks FBM Emas Shariah menokok 0.21 mata kepada 12,261.06, dan Indeks FBMT 100 naik 14.47 mata kepada 11,6.992.6.

Indeks FBM ACE meningkat 38.19 mata kepada 5,3348.02, manakala Indeks FBM 70 turun 1.35 mata kepada 18,478.76.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan susut 26.62 mata kepada 7,506.74, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.06 mata kepada 170.56, dan Indeks Tenaga susut 1.98 mata kepada 833.34, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 59.30 mata kepada 18,913.08.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan